Wednesday, October 7, 2015

Hidung anak berdarah? Jangan ambil remeh!



Pendarahan hidung atau epistaksis boleh terjadi secara tiba-tiba tanpa ada tanda abnormal pada hidung. Tiba-tiba saja hidung anak berdarah, terutama bila udara panas, bermain di bawah terik matahari atau kepenatan. Pendarahan seperti ini bersifat self limiting (sembuh sendiri) tanpa perlu rawatan khusus.

Epistaksis ialah satu keadaan pendarahan dari hidung yang keluar melalui lubang hidung, yang berlaku disebabkan saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan (bertujuan menghangatkan udara yang masuk melalui hidung).


Punca

Secara umum, pendarahan hidung terjadi disebabkan kekurangan vitamin C dalam tubuh menyebabkan saluran darah menjadi rapuh, mudah terkoyak seterusnya menyebabkan pendarahan.

Juga disebabkan oleh perubahan atau penyakit sistemik, seperti penyakit jantung dan salur darah (tekanan darah tinggi, saluran darah abnormal), darah (masalah pembekuan darah, turunnya trombosit, leukemia), jangkitan sistemik (demam tinggi, demam denggi), penyakit autoimun, masalah hormon, mengamalkan ubat tertentu (ubat cair darah, acetosal, ibuprofen)

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:

  1. Selesema dan alahan.
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi.
  3. Menghembus nafas/membuang hingus terlalu kuat.
  4. Kekeringan membran mucus (selaput lendir) seperti merekah dan berkerak.
  5. Berlakunya kecederaan (mengorek hidung jauh ke dalam, patah hidung, jatuh, terpukul, benda asing dalam hidung dll).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Ketumbuhan / tumor di hidung.
  8. Menghidu bahan kimia atau gas yang merangsang seperti petrol, asid sulfat, ammonia.
  9. Perubahan tekanan atmosfera (penerbangan, penyelam)
Kecederaan semasa bersukan sering terjadi
Cara Merawat

1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:

  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
2. Cegah hidung daripada berdarah semula:

  • Jangan menghembus hidung terlalu kuat.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
  • Memperbanyakkan memakan sayuran hijau, lobak, tomato dan strawberi.
  • Mengamalkan habbatussauda Habasyi88 (produk Assyifa Health) atau Madu Habbat (produk Quadmeds).

3. Berjumpa doktor:

  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
a.    Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
b.   Berasa hendak pitam atau pengsan.


Hak cipta terpelihara. Artikel disumbangkan oleh Kumpulan Doktor As Syifa Health 2015 ©,

Habasyi88
"Jika aku sakit, Allah yang menyembuhkan”