Pendarahan hidung atau epistaksis
boleh terjadi secara tiba-tiba tanpa ada tanda abnormal pada hidung. Tiba-tiba
saja hidung anak berdarah, terutama bila udara panas, bermain di bawah terik
matahari atau kepenatan. Pendarahan seperti ini bersifat self limiting
(sembuh sendiri) tanpa perlu rawatan khusus.
Epistaksis ialah satu keadaan
pendarahan dari hidung yang keluar melalui lubang hidung, yang berlaku
disebabkan saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah kerana
kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan (bertujuan menghangatkan
udara yang masuk melalui hidung).
Punca
Secara umum, pendarahan hidung terjadi
disebabkan kekurangan vitamin C dalam tubuh menyebabkan saluran darah menjadi
rapuh, mudah terkoyak seterusnya menyebabkan pendarahan.
Juga disebabkan oleh perubahan atau
penyakit sistemik, seperti penyakit jantung dan salur darah (tekanan darah
tinggi, saluran darah abnormal), darah (masalah pembekuan darah, turunnya
trombosit, leukemia), jangkitan sistemik (demam tinggi, demam denggi), penyakit
autoimun, masalah hormon, mengamalkan ubat tertentu (ubat cair darah, acetosal,
ibuprofen)
Selain itu, hidung berdarah juga
terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
- Selesema dan alahan.
- Suhu dalam badan terlalu tinggi.
- Menghembus nafas/membuang hingus terlalu kuat.
- Kekeringan membran mucus (selaput lendir) seperti
merekah dan berkerak.
- Berlakunya kecederaan (mengorek hidung jauh ke dalam, patah
hidung, jatuh, terpukul, benda asing dalam hidung dll).
- Tekanan darah tinggi.
- Ketumbuhan / tumor di hidung.
- Menghidu bahan kimia atau gas yang merangsang seperti
petrol, asid sulfat, ammonia.
- Perubahan tekanan atmosfera (penerbangan, penyelam)
1. Hentikan hidung berdarah dengan
cara:
- Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
- Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
- Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
- Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
2. Cegah hidung daripada berdarah
semula:
- Jangan menghembus hidung terlalu kuat.
- Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
- Memperbanyakkan memakan sayuran hijau, lobak, tomato dan strawberi.
- Mengamalkan habbatussauda Habasyi88 (produk Assyifa Health) atau Madu Habbat (produk Quadmeds).
3. Berjumpa doktor:
- Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
a.
Darah hidung mengalir laju atau
kehilangan banyak darah.
b.
Berasa hendak pitam atau pengsan.
Hak cipta terpelihara. Artikel
disumbangkan oleh Kumpulan Doktor As Syifa Health 2015 ©,
No comments:
Post a Comment